Wednesday, December 23, 2009

BaGaiMaNa CiNTa...

Tanyalah aku, "bagaimana cinta?"
Akan ku jawab, "cinta itu entah apa.."

Ku tahu cinta itu ada,
namun ku tak tahu di mana ia,
butakah hati kerna ku tak nmpak cinta-Nya?..

Ku pandang ke langit,
mahu ku kejar matahari di balik awan putih,
untuk ku cari cahaya-Nya,
kerna ku tahu di situ pasti ada cinta..




Monday, December 21, 2009

aQ BeNCi KaMu..

Aku benci Kamu,
Kamu slalu buat Aku tersenyum.
Tapi aku tahu senyuman itu tak akan lama..

Aku benci Kamu,
Kamu slalu di ingatan-ku.
Walau ku-tahu Aku tak mungkin dalam ingatan-mu..

Aku benci Kamu,
Kata-kata-mu masih ada dalam hati-ku
Entah bagi Kamu itu cuma kata-kata yang tiada makna..

Aku benci diri-ku
Kerna Aku seperti mencintai diri-mu
Melebihi cinta-ku pada Tuhan-ku..
Merindui Kamu
Melebihi rindu-ku pada Rasul-ku..
Menyayangi Kamu
Melebihi sayang-ku pada Ayah & Bonda-ku..
Menghargai Kamu
Melebihi penghargaan-ku pada orang-orang yang harus Aku hargai..

Siapa Kamu?

Aku ingin mencari CiNTa Tuhan-ku bersama Kamu..
Aku ingin merindui Nabi & Rasul-ku disamping-mu..
Aku ingin kembali menyemai kasih sayang untuk Ayah & Bonda-ku,
Juga untuk Ayah & Bonda-mu..
Aku ingin kembali menghargai semua di sisi-ku..
Aku ingin hidup bahagia bersama Kamu..

Aku ingin tahu,
Siapa Kamu?

Monday, September 28, 2009

SaLaM aiDiLFiTRi..(^_^)

Buat semua sahabat2 yang sudi baca blog saya yang serba kekurangan ni, saya nak ucap 'Selamat Hari Raya Aidilfitri, mohon maaf atas segala kekhilafan'.

Tiada sebarang gambar untuk dilampirkan di sini; kerana saya yakin saya adalah salah satu dari golongan yg minor menyambut raya tanpa kamera (huhu.. sedih kamera rosak). Selain dari kamera yang rosak, sebenarnya x ada kenangan manis utk di kongsi. Kalau ada pun, biarlah kenangan tu duk diam dalam hati.. ('_')

Sesungguhnya sambutan raya tahun ni adalah sangat x best. Semua serba x kena. Mungkin segala ketaksempurnaan dlm persiapan menyambut raya adalah teguran dr Allah yg maha kuasa; supaya saya x berlebih2 menyambut raya.

Akhir kata;
"SaLaM aiDiLFiTRi;
MoHoN MaaF ZaHiR & BaTiN"

Thursday, September 3, 2009

aQ vs SYaiTaN

Aq benci syaitan, tapi..

Bila aq marah, aq baling barang = syaitan suka.

Bila aq marah, aq marah orang lain pula = syaitan suka.

Bila aq marah, aq caci maki dalam hati = syaitan laaaagi suka.

Bila aq lebih berbelanja, itu membazir namanya = syaitan gembira.

Bila aq buang masa = syaitan melompat-lompat gembira.

Kalau aq benci syaitan, kenapa aq suka buat dia gembira???


Nasihat dari sahabat jauh,
"berwudhu'lah jika rasa marah. kerana marah itu syaitan, syaitan itu api. padamkan api kemarahan itu dengan berwudhu'."

Wednesday, September 2, 2009

HaRi iNi..(^_^)

Hari ini pasti lebih baik untuk aq.

Hari ini, aq mau jadi anak yang lebih baik dari semalam.

Hari ini, aq mesti kerja dengan lebih dedikasi.

Hari ini, aq akan memandu dengan lebih berhemah.

Hari ini, aq nak masak lebih sedap untuk berbuka.

Hari ini, aq perlu lebih khusyuk ketika terawikh(huh, slalu ngantuk. mesti kurangkan minum sejuk :P)..

Hari ini, aq harus lebih jujur.

Hari ini, marilah kita berkasih sayang.. *wink*

Tuesday, August 11, 2009

SHaHRiR SHaHiD ~ 1983 - 10 oGoS 2009

Tak ramai yang ingat siapa dia. Dia bukan sesiapa.

Bukan seorang arkitek, peguam, eksekutif, guru; malah bukan juga seorang ahli politik atau selebriti. Dia bukan juga seseorang yang akan menjadi tajuk perbualan.

Perjalanan hidupnya, tiada sesiapa yang pernah ambil tahu(termasuk saya). Namun, dia terlalu istimewa di hati saya. Saya yakin bukan saya seorang yang rasa begini.

Istimewanya dia kerana kerana dia seorang yang baik hati, pemurah... Bagi yang kenal siapa dia Shahrir bin Shahid, kebaikannya sentiasa ada dalam hati dan ingatan kita.

Semoga Shahrir bin Shahid akan termasuk di dalam golongan yang terpilih.. W/A

Wednesday, July 29, 2009

6 BuLaN 4 HaRi...

Sudah agak lama saya x meluah rasa dlm blog ni. Nampak sangat saya ni macam sibuk sangat. Saya bukan x mahu, cuma mungkin x ada apa yang saya nak kongsi. Atau mungkin saya belum bersedia berkongsi sesuatu.

Terlalu banyak yang terbuku dalam hati saya. Soal kehidupan, kerjaya, cinta..
Well, saya cuma insan biasa sama macam orang lain. Cuma saya selalu rasa yang saya selalu ada dalam dunia yang lain.

Berkongsi apa yang saya rasa bukanlah sikap sebenar saya. Namun, saya dapat rasakan mungkin suatu hari nanti saya akan meluah rasa tentang sesuatu yang dapat mengubah pandangan dunia (*wink*wink*ambitious :P).

Sunday, January 25, 2009

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...