Thursday, April 22, 2010

TRaGeDY + TRauMa = Me + NeW HoPe..

Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah..

aQ gembira masih mampu bernafas.
Seperti hidup dalam ilusi ciptaan sndiri.
Seakan bila2 masa akan sedar dan bangkit dari koma yg panjang.
Ketika itulah, hati meluah rasa;
"aiN, bukankah Tuhanmu telah memberi kau peluang.
La Tahzan.. Jangan kau sedih."
---------------o---------------

Alhamdulillah.. Tiada ungkapan lain yang mampu saya ucapkan.
Apa yang dapat saya rasakan, seperti mendapat perlindungan Allah.
Saya yakin, itulah berkat doa bonda & org2 di sisi saya yang selalu mendoakan kesejahteraan & keselamatan saya.
Apa yg berlaku "malam itu" buat saya lebih berfikir.

Entah kenapa x ada rasa kesal di hati saya atas apa yg saya alami "malam itu".
Mungkin kerana saya redha.
Redha dan percaya apa yang berlaku adalah dengan izin Allah.
Pasti ada sesuatu disebalik apa yang menimpa saya.
Berat untuk saya katakan ini adalah tragedi, ini adalah bala.
Bukan.. Apa yang berlaku adalah dugaan.
Adakah saya dapat menerima dugaan ini?
Ini adalah peringatan buat diri saya yang mgkin lalai.
Saya mmg seorang yg lalai.
Saya perlu mencari "sesuatu" yg hilang dalam diri saya.

Seperti mendapat peluang kedua.
Peluang ini pasti untuk menebus segala kesilapan.
Peluang ini pasti untuk m'perbaiki nilai peribadi.
Peluang ini adalah untuk saya memohon kemaafan buat sesiapa yang pernah saya sakitkan hatinya.

Maaf, saya lalai. Tak pernah sedar siapa yang pernah terasa atau mungkin jauh hati.
Buat sahabat2 yang membaca tulisan ini, mohon sampaikan salam kemaafan saya buat sesiapa yang mengenali saya..
Hanya kemaafan yang dapat tenangkan hati saya.

Doakan saya, semoga lebih tabah.. W/A

.:aiN FiLZa:.
(n_n)
sentiasa senyum~


Thursday, April 1, 2010

MeNCaRi CaHaYa...

Isnin - 1 April 2010 - 22:20:34


Kak, bantu aq..

Ain, apa sebenarnya yang ada dalam fikiranmu?

Kak, hati-q runsing, jiwa-q resah, fikiran-q kacau. aq seperti dapat merasakan beban sedang barada di atas bahu-q. apa yang harus aq lakukan.

Apakah bentuk bebanmu itu? aq masih belum jelas, bagaimana beban itu bisa menggangumu.

Entah.. aq juga x bisa menjelaskan. beban itu bagaikan memenuhi tiap ruang akal-q, sehingga sukar aq mahu memikir sesuatu yang lain. beban itu bagaikan mampat dalam hati-q, sehingga aq x punya rasa yang lain. kadang jiwa-q bagaikan kosong.. kadang bagaikan terlalu penuh sehingga q-rasa seperti mahu q-muntahkan saja semua.. serabut~

Maaf dik, aq masih kurang jelas..

Aq seperti merasa yang musibah terusan datang kepada-q, tanpa sempat satu pun yang bisa aq selesaikan. aq buntu. kini, bonda juga menghindar dari-q. hidup-q seperti sudah x ada maknanya.

Dik, hidupmu terlampau senang selama ini. lantas, bila Allah berikan kau kesulitan, kau begitu mudah menyerah. ini bukan dirimu yang aq kenal. apa yang menimpa-mu, q lihat bagaikan sebutir bintang di langit kelam, q-rasa bagaikan garam di lautan. musibah yang kau katakan itu cuma sedikit berbanding saudara-saudara kita yg masih berjihad di tanah palestin, berlapar di atas bumi afrika atau.. atau.. kau tahu apa yang mahu aq katakan.

Tapi kak..

Nanti dulu, biar aq teruskan. tidakkah puas kau dengan kesenangan yang Allah berikan kepadamu selama ini? sesungguhnya, kesulitan yang kau alami kini, adalah hikmah supaya dirimu lebih mengingati Allah..

Tapi kak, bagaimana dengan bonda? dia sudah x mahu menegur-q. aq telah melukai hatinya. tidak dapat aq memafkan diri-q.

Terusan, mohonlah kemaafan darinya. jangan pernah sekali pun kau berhenti. akan sejuk hatinya nanti.

Kak, aq tidak pernah berhenti memohon kemaafan darinya. Kau iringilah dengan doamu agar lembut hatinya untuk menerima kemaafan dari-q..

Sudah pasti itu yang akan aq lakukan. kau harus segera bangun.. jadilah dirimu yang dulu. dirimu yang aq kenal adalah seorang yang optimis, yang akan segera bangun jika kau hampir mahu jatuh.

Kau perlukan sesuatu..

Kak, aq memang perlu sesuatu. aq perlu bimbingan darimu. aq perlu kasih sayang bonda. aq juga perlu cahaya.. hidup-q bagaikan siang tanpa matahari, malam tanpa bulan. lantas aq masih berlari mengejar matahari, supaya bisa q cari cahaya-Nya..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...