Monday, December 21, 2009

aQ BeNCi KaMu..

Aku benci Kamu,
Kamu slalu buat Aku tersenyum.
Tapi aku tahu senyuman itu tak akan lama..

Aku benci Kamu,
Kamu slalu di ingatan-ku.
Walau ku-tahu Aku tak mungkin dalam ingatan-mu..

Aku benci Kamu,
Kata-kata-mu masih ada dalam hati-ku
Entah bagi Kamu itu cuma kata-kata yang tiada makna..

Aku benci diri-ku
Kerna Aku seperti mencintai diri-mu
Melebihi cinta-ku pada Tuhan-ku..
Merindui Kamu
Melebihi rindu-ku pada Rasul-ku..
Menyayangi Kamu
Melebihi sayang-ku pada Ayah & Bonda-ku..
Menghargai Kamu
Melebihi penghargaan-ku pada orang-orang yang harus Aku hargai..

Siapa Kamu?

Aku ingin mencari CiNTa Tuhan-ku bersama Kamu..
Aku ingin merindui Nabi & Rasul-ku disamping-mu..
Aku ingin kembali menyemai kasih sayang untuk Ayah & Bonda-ku,
Juga untuk Ayah & Bonda-mu..
Aku ingin kembali menghargai semua di sisi-ku..
Aku ingin hidup bahagia bersama Kamu..

Aku ingin tahu,
Siapa Kamu?

Monday, September 28, 2009

SaLaM aiDiLFiTRi..(^_^)

Buat semua sahabat2 yang sudi baca blog saya yang serba kekurangan ni, saya nak ucap 'Selamat Hari Raya Aidilfitri, mohon maaf atas segala kekhilafan'.

Tiada sebarang gambar untuk dilampirkan di sini; kerana saya yakin saya adalah salah satu dari golongan yg minor menyambut raya tanpa kamera (huhu.. sedih kamera rosak). Selain dari kamera yang rosak, sebenarnya x ada kenangan manis utk di kongsi. Kalau ada pun, biarlah kenangan tu duk diam dalam hati.. ('_')

Sesungguhnya sambutan raya tahun ni adalah sangat x best. Semua serba x kena. Mungkin segala ketaksempurnaan dlm persiapan menyambut raya adalah teguran dr Allah yg maha kuasa; supaya saya x berlebih2 menyambut raya.

Akhir kata;
"SaLaM aiDiLFiTRi;
MoHoN MaaF ZaHiR & BaTiN"

Thursday, September 3, 2009

aQ vs SYaiTaN

Aq benci syaitan, tapi..

Bila aq marah, aq baling barang = syaitan suka.

Bila aq marah, aq marah orang lain pula = syaitan suka.

Bila aq marah, aq caci maki dalam hati = syaitan laaaagi suka.

Bila aq lebih berbelanja, itu membazir namanya = syaitan gembira.

Bila aq buang masa = syaitan melompat-lompat gembira.

Kalau aq benci syaitan, kenapa aq suka buat dia gembira???


Nasihat dari sahabat jauh,
"berwudhu'lah jika rasa marah. kerana marah itu syaitan, syaitan itu api. padamkan api kemarahan itu dengan berwudhu'."

Wednesday, September 2, 2009

HaRi iNi..(^_^)

Hari ini pasti lebih baik untuk aq.

Hari ini, aq mau jadi anak yang lebih baik dari semalam.

Hari ini, aq mesti kerja dengan lebih dedikasi.

Hari ini, aq akan memandu dengan lebih berhemah.

Hari ini, aq nak masak lebih sedap untuk berbuka.

Hari ini, aq perlu lebih khusyuk ketika terawikh(huh, slalu ngantuk. mesti kurangkan minum sejuk :P)..

Hari ini, aq harus lebih jujur.

Hari ini, marilah kita berkasih sayang.. *wink*

Tuesday, August 11, 2009

SHaHRiR SHaHiD ~ 1983 - 10 oGoS 2009

Tak ramai yang ingat siapa dia. Dia bukan sesiapa.

Bukan seorang arkitek, peguam, eksekutif, guru; malah bukan juga seorang ahli politik atau selebriti. Dia bukan juga seseorang yang akan menjadi tajuk perbualan.

Perjalanan hidupnya, tiada sesiapa yang pernah ambil tahu(termasuk saya). Namun, dia terlalu istimewa di hati saya. Saya yakin bukan saya seorang yang rasa begini.

Istimewanya dia kerana kerana dia seorang yang baik hati, pemurah... Bagi yang kenal siapa dia Shahrir bin Shahid, kebaikannya sentiasa ada dalam hati dan ingatan kita.

Semoga Shahrir bin Shahid akan termasuk di dalam golongan yang terpilih.. W/A

Wednesday, July 29, 2009

6 BuLaN 4 HaRi...

Sudah agak lama saya x meluah rasa dlm blog ni. Nampak sangat saya ni macam sibuk sangat. Saya bukan x mahu, cuma mungkin x ada apa yang saya nak kongsi. Atau mungkin saya belum bersedia berkongsi sesuatu.

Terlalu banyak yang terbuku dalam hati saya. Soal kehidupan, kerjaya, cinta..
Well, saya cuma insan biasa sama macam orang lain. Cuma saya selalu rasa yang saya selalu ada dalam dunia yang lain.

Berkongsi apa yang saya rasa bukanlah sikap sebenar saya. Namun, saya dapat rasakan mungkin suatu hari nanti saya akan meluah rasa tentang sesuatu yang dapat mengubah pandangan dunia (*wink*wink*ambitious :P).

Sunday, January 25, 2009

Tuesday, August 12, 2008

aQ iNGiN BeRLaRi...

Ku BeRLaRi TeRuS TaNPa HeNTi
DaN Dia PuN KiNi TeLaH PeRGi
Ku BeRDoa Di TeNGaH DiNGiN DuNia
Ku BeRDoa uNTuK Dia YaNG..KuRiNDuKaN...

Saturday, April 19, 2008

aLoNeS....

Pale broken wings,
you're just a little tired from the sky
which is too blue
Don't do it for anyone else
Just smile for yourself

Loneliness is still creeping up,
A candle lit up inside
totally incompatible with a splendid,
bustling party

The hollowness
of the absence of your words,
is it ok just to bury them?
I still don't know

At least within dreams
If I can swim freely
even if there isn't anywhere like that,
Even if everything until now is forgotten,
Even if I can face tomorrow...

The peacefulness of inferiority
won't come true so simply
Settling above your self consciousness
A petal reflected by a mirror

Straining my lungs,
tryin' to call dirtied love,
however,
it's so frustrating

As times are passing
My wounds are cursed
My scabs are changed
You haven't got that
So beautiful
Yet so short lived

After the scabs fall off
Just like the newer,
shorter hair near the scar
My prayer are shaking in the bright light
I won't forcibly try to love you...

Sometimes, in this world
When we try to walk ahead,
it's a little too bright, isn't it?
It's like we're sinking
When we feel like giving up,
the dry land sucks up our tears

Why do we feel so alone anytime?
We don't have to take it all, you know
Why do we feel so alone anytime?
Simple refrain isn't courage

Sunday, March 30, 2008

MaDu...

"Ain, bila kau mahu menikah?"

"Kak, aku masih menanti seorang calon yang punya pendirian agama yang kukuh"

"Kau terlalu memilih.."

"Jangan Kakak silap menilai. Aku tidak terlalu memilih. Aku cuma berharap semoga aku bertemu dengan calon yang bisa membimbing aku menjadi ahli jannah. Aku tidak pernah dambakan seorang ustaz, ahli agama atau seorang ulama.."

"Tahukah kau, kebiasaan orang yang sebegini, isterinya lebih dari satu. Mungkin punya dua atau tiga orang isteri. Tak takutkah kau, jika kau bersuamikan orang begini, kau juga menerima nasib yang sama."

"Aku tahu itu, Kak. Namun aku sudah bersedia. Insya'allah aku akan terima dengan hati yang redha.

"Kau kelihatan sudah bersedia. Adakah kau pasti hatimu akan merasa yang sama setelah kau menikah, punya suami dan saling sayang menyayangi?"

"Insya'allah Kak. Kakak kelihatan kurang setuju denganku. Beritahu saja segala kerunsingan di hatimu, Kak."

"Aku risau kau akan berubah laku. Kau mungkin akan berubah saat kau bertemu kekasih hatimu(suami) dan saat kau terlalu mencintainya, kau tidak akan sanggup untuk berkongsi kasih dengan wanita-wanita lain, bakal madumu."

"Semoga terhindar keadaan yang sedemikian. Aku redha sekiranya bakal suamiku nanti mahu menikahi wanita yang lain"

"Kau tahu Ain, saat kau sudah punyai madu, kau mungkin akan merasa kecewa. Waktu itu, kau mungkin akan menceritakan perihal madumu dan suamimu kepada ibumu atau sahabatmu. Tahukah kau, jika demikian halnya, pintu neraka pasti akan terbuka untukmu. seksaan api neraka yang dasyat pasti menantimu saat kau melangkahkan kaki ke pintu neraka. Kau pasti tidak akan menghidu haruman syurga, sekiranya kau tidak menjaga maruah suamimu."

"Kak, apa yang Kak khabarkan itu, cukup menyentuh hatiku. Kencang degup jantungku, hatiku terasa panas dan mataku seakan mau bergenang. Aku tidak marah dengan kata-katamu, tetapi aku takut sekiranya aku akan jadi seperti itu. Aku tak bisa meramal masa depanku. Namun aku dambakan doa' tulus dari hatimu. Kak, doakanlah untukku, semoga aku bisa menemui jodoh yang hanya beriman kepada-Nya. Bisa membuat aku bahagia di dunia dan bisa membimbing aku menjadi ahli jannah. Dan Kak doakan aku supaya tabah dan sentiasa menjaga maruah bakal suamiku dan bakal madu-maduku sekiranya aku punya madu kelak.."

(^_^)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...