Luqman Fahim..
Dua tahun yang dulu pada waktu ini, kasih bonda & bapa bertaut. Saat ini bonda letakkan cinta & kasih bonda pada bapa. Saat ini, buat pertama kali bonda letakkan harapan pada hamba Allah yang bernama lelaki. Bersama bapa, bonda kaitkan cita-cita untuk bina keluarga bahagia di bawah perlindungan Allah. Bonda belajar menerima kasih bapa seadanya sama seperti bapa terima sayang bonda seadanya.. Kenangan yang manis, akan tetap kekal manis.. kerana sayang bonda pada bapa bukan atas apa-apa alasan.. Wallahua'lam.